Raina☺
tulang rusuk
Ahad, 1 April 2012 | 4:39 PTG | 5 comments
orang kata kan, bakal isteri itu dicipta dari tulang rusuk. LOL *rabarabatulangrusuk*. tapi kalau lelaki la. perempuan aku tak tahu.

kira macam bakal isteri atau jodoh tu semacam tulang rusuk yang boleh bergerak, berjalan, bercakap, owh boleh menyanyi, memasak mungkin dan...dan..dan...boleh melahirkan anak. err.. kan?

ni lah tulang rusuk.


aku tak pasti kalau ini benar atau tidak. tapi bagi aku ini macam satu justifikasi aneh. mau tidak. tak penah aku jumpa tulang boleh bercakap. tak pena aku dengar tulang boleh berjalan. memasak. ini satu yang pelik tapi benar.

kalau dah pelik, ajaib mesti sangat payah.payah nak jumpa. payah nak ketemu. ada berbilion wanita kat bumi nih, yang hilang hanya satu. nak cari satu dalam berbilion tu, payah. senang lagi cari spender yang hilang di balik rimbunan baju dan seluar-seluar di dalam loker itu dari mencari benda ni. paling tidak kalau hilang, boleh kita borong sekotak dua di Tesco. jenama boleh dipilih dengan ikut kesesuaian saiz. warna boleh ikut tema. malah kalau nak terai corak flora dan tenunan bunga-bungaan,takde yang nak tengok.

tapi ini lain. satu barang hilang nih tak boleh dibeli di Tesco. tak jumpa di eBay. tak dapat jawapan kalau tanya kaunter pertanyaan. jenama pon takde. saiz jauh sekali. malah citarasa pon tak maen peranan pada benda ni.

kalau pelik dan ajaib,selalu ia unik dan spesial. spesial dengan keistimewaan sendiri. kekadang kespesialan itu tak spesial di mata orang lain,tapi spesial bagi diri sendiri. tulang rusuk kau sendirimatch ke dekat badan orang lain?

dan tulang rusuk ini bengkok. kalau cuba diluruskan, ia patah. semacam simbolik yang kita tak dapat apa yang kita harapkan selalu, yelah belom tentu itu yang terbaik. bengkok itu sebenarnya yang cukup bagus untuk kita. perempuan itu tak perfek. pasti ada sedikit kerewelan. sejauh mana kita dapat terima bengkok itu, itu sebenarnya prioriti.

kalau bukak bab Sains, titanium tak leh celen tulang asal. tulang rusuk jauh lebih kental. perempuan tu hati dia cukup cekal. lebih cekal dari lelaki.






itu sebab agama suruh para lelaki prepare dalam bab- bab ilmu munakahat. nak lentur tulang bukan macam lentur buluh. silap kalau retak, padah. tulang kalau tak dijaga rapi, tak payah tunggu oesteophorosis dah boleh reput. tapi kalau dijaga molek,itu tulang boleh jadi penguat badan. kalau perasan kan, tulang rusuk tu fungsi dia macam nak jaga organ dalaman. kene kuat.

soal kenapa jodoh lambat dah macam terjawab dengan tulang rusuk ni dah. mende pelik dan ajaib, mesti susah nak jumpa. tambah tambah kalau spesial dan unik,lagi susah nak jumpa. perlu kepakaran dan kesediaan rapi sebelum dipertemukan. sebab tu Tuhan kasi jumpa jodoh tu lambat. kene sedia,kene ekspet , baru boleh jumpa. sebab bila dah jumpa, dah tak boleh lari mana dah si tulang rusuk bergerak tu.







"itu sebab perempuan ni kene jaga elok elok. peribadi dia kene tip top ."

"mohon ulasan.macam penjang lebar"

"mau tidak. perempuan ni kalau tak dijaga elok elok, lama lama dia reput dan mereputkan kita. macam tulang rusuk. kalau dijaga baik, boleh jaga jantung,peparu,pankreas,hati,limpa dan lain-lain"

"tapi, kalau yang kahwin empat tu, rasa rasa empat tulang dia hilang ke? banyak dah tu."

"entah.tak tau plak."









Older Post | Newer Post
Likers/Link

Nur Sabrina Binti Hamzan

Tagboard




nuffnang


Follower