Jampi
Isnin, 25 Ogos 2014 | 9:11 PTG | 0 comments
Sumpah yang kau buat
Perlahan lahan
Jatuh depan mata aku.
Biarkan
Aku lihat saja
Aku tak apa apa.
Mungkin benar ini jampi cinta
Jampi cinta sisampah pada sang sendu.
Biar
Teruskan
Perlahan lahan robek itu aku tahan.-
Selasa, 18 Mac 2014 | 4:01 PTG | 0 comments
sejak kebelakangan ni macam macam berlaku. satu satu masalah.
gelabah jangan cerita,
itu dah jadi tabiat. sepatutnya bila ada masalah tenang. hadap Allah.
Doa. itu penting bukan ikut hati dan perasaan.
kadang kadang terfikir kenapa ada masalah?
senang. sebab Allah nak uji kau.
Allah sayang kau. yang kau tahu salahkan orang sana sini. cuba fikir?
samalah macam ada orang kutuk kau belakang,
kadang kadang orang kutuk kita bersebab bukan saja saja.
dah memang diri kita, manusia memang teruk kenalah kutuk.
lumrah.
manusia memang tak sempurna.
aku, kau, dia, yang sana, yang sini, yang situ semua tak sempurna.
tapi itu bukan alasan untuk kau terus buat benda yang sama. bila buat salah,
ambil iktibar.
jadikan pengajaran.
jangan hanya tahu buat salah dan mengharapkan peluang kedua.
yang diri sendiri pun bila dah buat salah minta maaf.
jangan buat diri macam orang yang tak salah,
melainkan diri sendiri memang tak salah.
tapi tak salah kan minta maaf,
walaupun kau tahu kau tak salah tapi untuk kebaikan sesuatu hubungan?
kenapa nak ego.
kau dengan ego kau boleh pergi jauh jauh. hidup dekat dunia bukan lama pun.
akhirat nanti kekal abadi. sebelum orang pergi dari hidup kau,
baik bertindak.
jangan waktu tu kau menyesal.
menyesal pun dah malas layan kau sebab kau suka menyesal di kemudian hari.
sekarang mungkin kau tak rasa apa tapi nanti kau akan rasa. tunggulah. nanti.
entah apa yang patut rasa
rasa samar
rasa kelabu
rasa tak ada hala tuju
rasa yang entah apa apa
p/s: entry yang tak ada hala tuju.
Adios!